Thursday, September 1, 2022

Setan datang sebagai ular yang licik dan mencuba Adam dan Hawa.

Dosa pertama : Kejatuhan (Kejatuhan  Kejadian 3:1-24)


Lelaki dan perempuan yang pertama, Adam dan Hawa, yang tinggal di dalam yang indah yamg Tuhan ciptakan untuk mereka. Tetapi setan datang sebagai ular yang licik dan mencuba Adam dan Hawa. 


"Benarkah Tuhan melarang kamu makan buah dari sebarang pokok di taman ini?" ular itu bertanya kepada Hawa. "Hanya pokok yang berada di tengah tanam," jawab Hawa. "Jika kami memakannya, kami akan mati."

"kamu tidak akan mati" kata ular. " Ada sebabnya kenapa Tuhan tidak benarkan kamu makan dari pokok itu. Jika kamu makan, kamu akan jadi sepertiNya. Kamu akan tahu apa yang  Dia tahu.

Hawa memakan buah itu. Dia memberikan sedikit kepada Adam yang bersamanya. Adam juga memakannya, dan ketika itu juga, mereka mula tahu apa yang mereka tidak tahu dahulu. 

Satu perkara yang mereka tahu ialah bahawa mereka telanjang! mereka menenun daun untuk menutupi diri mereka. Mereka merasa takut dan malu sebelum ini. oleh itu mereka sedar ada sesuatu yang tidak betul. 

"Adam!" Tuhan  memanggil. "Hawa!" Kami bersembunyi, " kata Adam. Kami telanjang." "kamu tahu itu kerana kamu makan dari pokok itu," Tuhan mengeluh. Kemudian Adam menuduh Hawa, dan Hawa menuduh ular. 

Tuhan berkata, "ular ,kamu akan menjalar di atas perutmu. Anak kepada perempuan ini akan mengalahkan kamu. Hawa bersalin akan menyakitkan kamu. Adam, kamu akan menjadi susah untuk mencari nafkah. 

Kemudian Tuhan membuat pakaian untu Adam dan hawa lalu mengusir mereka dari taman tersebut. Dia melekatkan malaikat dengan pedang berapi, supaya mereka tidak dapat kembali. 



Terima Kasih . Semoga bermanfaat bagi anak- anak untuk belajar cerita mengenai Alkitab dan Pengenalan akan Tuhan. Haleluyah.. 
Tuhan Yesus memberkati.

(Untuk Kalangan Kristen Sahaja) 

No comments:

Post a Comment

Popular Posts