Ibu Menggndung dan Kesihatan Pergigian
Pengenalan
Tiada
bukti yang mengesahkan mitos kehilangan gigi akan terjadi setiap kali
mengandung. Gigi sebenarnya boleh kekal sepanjang hayat sekiranya penjagaan
kesihatan pergigian yang baik diamalkan.
Bagaimana Kehamilan menjejaskan Gigi Dan
Gusi Anda?
Mengidam
makanan manis dan alahan semasa hamil, boleh mengakibatkan kerosakan gigi dan
penyakit gusi lebih mudah terjadi.
Bakteria dalam plak bertindak balas dengan makanan menghasilkan asid, menyerang
gigi dan menyebabkan berlakunya kerosakan gigi. Plak juga boleh merengsakan
gusi menjadi merah, sakit dan mudah berdarah.
Kebiasaan nya kehilangan gigi yang berlaku semasa hamil adalah berpunca dari
kerosakan gigi atau penyakit gusi.
Apakah Ketumbuhan Semasa Kehamilan?
Ia
merupakan keradangan gusi, dan ketumbuhan bukan kanser yang terjadi akibat
tindak balas keterlaluan rengsakan kepada gusi. Ketumbuhan ini biasanya tidak
sakit dan akan hilang selepas bersalin.
Pentingnya Penjagaan Mulut Semasa
Kehamilan.
Penjagaan
mulut semasa hamil adalah penting kerana terdapat kajian yang mengaitkan
keradangan gusi dengan kelahiran bayi pra matang dan kurang berat badan.
Oleh itu, penjagaan mulut yang baik adalah penting semasa kehamilan. Ia bukan
sahaja mengatasi masalah pergigian ibu mengandung malah ia membantu
perkembangan kesihatan bayi.
Bagaimana Anda Boleh Mengelakkan Kerosakan Gigi dan Penyakit Gusi?
Panduan di bawah dapat menjaga kesihatan pergigian dan mengekalkan
senyuman menarik anda sepanjang kehamilan:
- Berus
gigi dengan bristel lembut terutama di leher gigi setiap hari.
- Guna
ubat gigi berfluorida.
- Gunakan
flos untuk mengeluarkan sisa makanan yang melekat di celah-celah gigi.
- Makan
secara sihat. Elakkan pengambilan kerap makanan ringan yang manis.
Sebaliknya, pilihlah makanan yang rendah gula, lemak dan garam seperti
buah-buahan, sayur-sayuran, dan kekacang.
- Dapatkan
pemeriksaan pergigian secara berkala.
Rawatan Pergigian Semasa Kehamilan
1.
Dapatkan pemeriksaan pergigian di awal kehamilan.
2. Beritahu doktor pergigian yang anda hamil.
Rawatan pergigian pada umumnya boleh dilakukan dengan selamat. Sesetengah ubat
dan bius boleh digunakan semasa rawatan pergigian supaya anda lebih selesa.
Walau bagaimanapun anda dinasihatkan untuk mengelakkan rawatan tertentu semasa
tiga bulan pertama kehamilan.
No comments:
Post a Comment