Thursday, September 1, 2022

Apakah Kelas ALPPHA PKK?


Shalom salam damai dalam kasih Yesus Kristus, Tuhan kita. Okay, hari ini saya mau cerita sedikit saja mengenai Kelas ALPPHA  yang saya sertai kelmarin . Kelas ALPPHA ini merupakan kursus asas untuk guru sekolah minggu di anjurkan oleh PKK SIB Kawasan Papar.  Ini sebenarnya pertama kali ikut walaupun sudah lama jadi guru sekolah minggu .


Sebelum ini, Kelas sekolah minggu kita sebut sebagai kelas pelayanan kanak-kanak. Pada tahun 2020, nama "kelas PKK" telah di tukar sebagai " Kelas ALPPHA  PKK" . Perkataan ALPPHA mewakili keseluruhan bahan pelajaran yang di bawa masuk ke dalam kelas. Ini memudahakan guru-guru membuat persediaan awal sebelum masuk kelas. Dalam perkataan  ALPPHA huruf  D yang mewakili perkataan DOA di catat dalam huruf  A. Setiap huruf yang membentuk perkataan ALPPHA membawa maksud : 

D - Doa

AL- Alkitab (Firman Tuhan)

P - Pujian 

P - Permainan 

HA - Hafalan (Ayat Firman Tuhan)

Maka jadilah ALPPHA. 


Selain belajar di kelas ALPPHA PKK, ada tiga subjek lain juga telah di perkenalkan iaitu subjek Penginjilan, subjek  Kraftangan, subjek pertanian , dan penternakan dan subjek Pemuridan. Cadangan penjenamaan Baru dalam PKK di lakukan kerana memikirkan dan melihat masa depan Gereja SIB. Apakah yang akan terjadi kepada SIB 10-20 tahun akan datang ? Jadi ini merupakan persedian awal dengan harapan mendapat kerjasama dari semua pihak , dengan slogan  

"ANAK-ANAK ADALAH MASA DEPAN GEREJA , KELUARGA DAN NEGARA " 


(Rujukan dari kertas catatan di sediakan oleh Pta. Juanis Linggu , Pengerusi PKK SIB Sabah) -Penceramah 


Menjadi guru Sekolah Minggu adalah panggilan .


Sesuai Firman Tuhan yang terdapat dalam Yohanes 15 : 16 "Bukan kamu yang memilih Aku, tetapi Akulah yang memilih kamu." 

ucapan Tuhan Yesus ini berlaku untuk siapa saja. Apapun pelayaanan yang di lakukan termasuk menjadi guru sekolah minggu. Jadi, jangan berpikir bahawa menjadi guru sekolah minggu itu kerana suatu kebetulan. Tidak ada yang berlaku kebetulan kerana Tuhanlah yang sudah memilih dan sungguh-sungguh merupakan panggilan Tuhan dalam ladang pelayanan ini.  Kalau sudah Tuhan yang memilih kita, tentunya DIA sudah mempertimbangkan segala sesuatu. 


Nilai Etika kerja guru sekolah minggu. 


1.Amanah 

2.Iklhas 

3.Dedikasi 

4.Bersyukur 

5. Bijaksana

6. Benar

7. Penyayang 

Semua nilai etika ini harus di terapakan dalam diri masing-masing kerana kita mengasihi anak-anak sekolah minggu. Semua ini kerana KASIH kita kepada kanak-anak sekolah minggu.



7 ciri-ciri  guru sekolah minggu yang efekif 

1. Memiliki hubungan peribadi yang dekat dengan Tuhan. 

2. Mengasihi anak Sekolah Minggu. (Berkeinginan agar anak sekolah minggubertumbuh secara iman, pengetahuan dan sosial.) 

3.Memiliki pengetahuan yang cukup untuk perkembangan anak-anak sehingga mampu berkomunikasi dengan anak sekolah minggu sesuai dengan tingkat perkembangan anak.

4. Memiliki pengetahuan yang cukup atas bahan yang di ajarkan.       (mau terus menerus belajar, dan selalu melakukan persiapan yang cukup)

5. Memiliki perilaku yang positif  dan dapat menjadi teladan.

6. Dapat bekerjasama dengan orang tua guru sekolah minggu, mahupun dengan sesama guru sekolah minggu. 

7. Mampu menanggapi pujian dan kritikan secara terbuka dan positif, sekaligus mampu menyatakan pujian atau rasa terima kasih dengan tulus, dan memberi kritik dengan tegas tanpa melukai. 


Ini antara yang sudah di pelajari .Ada  lagi sebenarnya dalam catatan yang sudah di beri. Berkaitan Prisip mengajar ( bercerita) dan Persiapan Mengajar namun, saya simpulkan di sini bahawa menjadi guru sekolah minggu ini kita harus ada komiment yang sungguh-sungguh mau melihat anak-anak sekolah minggu bertumbuh di dalam iman mereka, dalam sosial mereka dan pengetahuan mereka. Anak-anak kecil merupakan penerus generasi yang akan datang. Jadi tugas sebagai Guru sekolah minggu ini jangan anggap remeh. Sesuai Firman Tuhan , apa yang kita tabur itulah yang kita tuai. Demikian jugalah dalam hal mendidik anak-anak sekolah minggu. Bagaimana mereka akan datang, bergantung sejauh mana didikan ,pengajaran yang mereka sudah dapat, selain didikan dan pengajaran anak dari rumah (Ibubapa) .  Jadi lakukan yang terbaik. Lakukan persiapan yang cukup, pelajari semua pelajaranan yang sudah di tetapkan, berdoa mohon pimpinan Tuhan , latih, dan renungkan semua pelajaran itu supaya kita juga dapat memahami sepenuhnya agar kita menyampaikan atau mengajar dengan baik dan anak-anak sudah tentunya memahami. 


Firman Tuhan  " Apapun yang kamu perbuat , perbuatlah dengan segenap hatimu seperti untuk Tuhan dan bukan untuk manusia . Kolose 3:23 

(Rujukan dari kertas catatan di sediakan oleh Pastor Ebrin Danius , AJK PKK SIB Sabah) -Penceramah 


Kurikulum PKK SIB Sabah 


Bahan mengajar PKK di kenali sebagai Kurikulum yang bermaksud rancangan pelajaran sistematik yang merangkumi satu tempoh masa tertentu. Tujuan kurikulum adalah memastikan makanan rohani kanak-kanak berkhasiat dan mempunyai kepelbagaian.

 

Kurikumum asas yang di perlukan oleh guru seharusnya mengandungi:-

1. Buku panduan guru dan pelajaran Alkitab sebagai panduan mengajar.

2. Set alat -alat bantu mengajar. 

3.Buku kerja untuk kanak-kanak 


Prisip dasar kurikulum PKK:-

1. Memastikan pelajaran yang disediakan sesuai dengan pemahaman pada setiap  kumpulan umur 

2. Menambahkan sukacita kepada proses mengajar- belajar melalui kreatif dan alat bantu mengajar. 


Pendek ceritalah kan, PKK kini menggukanan Kurikulum "LAPAN PERMATA" . Mula di gunakan sebagai Kurikulum PKK pada tahun 2020. 


Firman Tuhan " Kerana hikmah lebih berharga daripada segala permata dan segala yang di hasratkan tidak setara dengannya." Amsal 8:11 


Dari ayat inilah kurikulum  "Creative Bible Lessons" dalam Bahasa Malaysia ini di namakan LAPAN PERMATA. 


LAPAN PERMATA adalah satu kurikulum pelajaran pelayan kanak-kanak untuk mengajar Firman Tuhan kepada kanak-kanak dari umur 4 tahun hingga 12 tahun .( Pra sekolah sehingga Tahun 6)

Ia di lengkapi dengan alat bantu bengajar supaya pelajaran Alkitab kepada kanak-kanak akan menjadi lebih menaik dan berkesan. 


Kurikulum ini telah di rancang dan di susun untuk mengajar kank-kanak dalam tiga kumpulan umur persekolahan iaitu :- 

1. Prasekolah ( Umur 4 -6 tahun )

2. Sekolah rendah junior ( 7-9 tahun ) 

3. Sekolah rendah senior (10-12 tahun ) 


(Rujukan dari kertas catatan di sediakan oleh Pastor Sitiah Sabin , Penyelaras PKK SIB Sabah ) -penceramah



Ini merupakan gambar-gambar semasa menyertai kursus asas sekolah minggu anjuaran PKK SIB Kawasan Papar, Sabah.  
















Okay, sampai di sini saja sedikit perkongsian untuk kursus asas sekolah minggu (Kelas ALPPHA). Bagi saya secara peribadi sangat di berkati dan di motivasikan untuk terus bersemangat dalam pelayanan kanak-kanak. Jadi bagi kamu guru-guru sekolah minggu, jika ada kesempatan lain waktu sangat di galakkan untuk mengikuti program yang seumpama ini . Tuhan Yesus Memberkati. Amen.. 

ALPPHA PKK bagi kemuliaan Tuhan




No comments:

Post a Comment

Popular Posts