Thursday, September 1, 2022

Nuh dan Banjir Besar

 

Berpasangan .

Nuh dan banjir (Kejadian 5:6-9 : 17.)


https://www.youtube.com/watch?v=qblcGeou5rY


Bumi dipenuhi dengan manusia, tetapi mereka banyak berdosa sehingga Tuhan menyesal menciptakan mereka. Dia memutuskan untuk membawa banjir dan menghanyutkan semua orang dari muka bumi. 

Ada seorang yang bernama Nuh yang tidak seperti orang lain. Nuh mengasihi dan mentaatiNya. Tuhan memutuskan untuk menyelamatkan Nuh dan keluarganya dari banjir tersebut. 

Tuhan memberi amaran kepada Nuh akan banjir tersebut. Dia menyuruhnya untuk membina sebuah kapal yang besar dengan bumbung yang rendah, tiga tingkat , sebuah tingkap dan satu pintu. Nuh mentaati Tuhan dan membinanya. 


Tuhan menyuruh Nuh untuk mengumpulkan dua dari setiap jenis binatang. Satu jantan dan satu betina. Kemudian Nuh , keluarganya , dan semua binatang masuk ke dalam kapal tersebut. Tuhan menutup pintu tersebut. 


Hujan turun selama empat puluh hari dan empat puluh malam. Air turun dari lautan serta tasik. Gunung yang tinggi tenggelam di bawah air banjir itu. 


Sementara itu, Nuh keluarganya dan semua binatang selamat di dalam kapal tersebut, terapung di atas air banjir itu. Tuhan tidak lupa kepada Nuh, walaupun seketika.  


Tuhan membuatkan angin bertiup. Airnya mula surut. Kapal itu terdampar di Gunung Ararat. Nuh melepaskan seekor burung merpati. Apabila burung itu tidak kembali, dia tahu bahawa semuanya selamat.


Apabila tanah sudah kering, Tuhan menyuruh mereka keluar. Dia meletakkan pelangi di langit sebagai janji bahawa Dia tidak lagi akan membanjiri seluruh bumi.




No comments:

Post a Comment

Popular Posts