Friday, October 30, 2020

kuih legend, kuih jemput-jemput kegemaran sepanjang zaman

Hello everyone..apa khabar semua.Harap kita sihat-sihat semua kan..? okay hari ni , saya mau share sama kamu tentang  kuih tepung kegemaran sepanjang zaman kami ..cara buat pun simple-simple ja.dan saya pasti semua kita pun selalu buat ni.. Teringat suatu ketika dahulu, masa kecil  our mum and dad selalu buat ini kuih buat sarapan atau minum petang. Ingat semua tu jadi rindu pula .. sekarang pun masi kerap buat kuih legend ni sebab anak-anak suka makan. Anak saya yang sulung, Elvender suka sangat.. Dia namakan kuih legend ni Kuih awan, sebab bentuknya seperti awan..haha Masa anak-anak kurang sihat, kadang-kadang request buat kuih ni.. Jadi, okaylah juga kan sebab ada makan sedikit daripada langsung tidak menjamah makanan sepanjang hari. 

Di sini saya mau share bahan dan cara-cara saya buat ini kuih..Mudah saja.

Bahan-bahan :

1.Tepung - 2 cawan 

2.Gula - 4 sudu (kalau suka manis boleh tambah lagi )

3.Garam 

4.Yis 

5.Air secukupnya

Bahan - bahan 

Langkah-langkah mudah saja..  

1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk adonan.
3.Gaulkan semua bahan-bahan sehingga sebati.
3.Tuang air sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk adonan tadi. 
4.Adon semua bahan tadi sehingga sebati. pastikan adonan kita tidak  cair ya..
5. Rehatkan dulu selama 20 minit sehingga adonan naik. aga-aga sudah kembang sikit, bolehlah di masak seperti biasa..macam kita masak  kuih jemput2 atau cucur ja hehe.. mudah kan..




Masukkan air secukupnya 




Diamkan selama 20 minit sebelum di goreng 




Kuih jemput Legend @ Kuih Awan si Elvender siap......😋😋😋😋


Nah mudah sahaja kan.. boleh juga kita buat ni campur dengan pelbagai perisa yang kita suka. Kalau suka pisang, boleh campurkan dengan pisang. Campur dengan nasi pun sedap tau hehe.. 
Sudah siap macam ni, boleh di hidangkan buat sarapan pagi atau buat minum petang bersama keluarga. Anak-anak saya suka makan kuih ni.. simple but so yummy.... 

Jadi, kamu bolehlah mencuba buat  ini di rumah ya.. gerenti yummy..

Thank you for stopped by here. I really appreciate it..
 If you interested with our journey, do follow us by click  the follow button and please leave your comment below.. Stay safe guys.. see you again....

God Bless💖

7 comments:

Popular Posts