Wednesday, August 24, 2022

Lawatan sambil belajar tadika Sunshine di Petrosains Playsmart Kota Kinabalu (Museum) - Sabah

Apakah itu Petrosains ?

Petrosains  adalah pusat penemuan sains interaktif untuk kanak-kanak dan orang dewasa di mana anda dapat melihat, mendengar, menyentuh, bermain dan berinteraksi dengan pameran dan pemasangan. Jadi, kalau kamu ada masa bolehlah bawa anak-anak melawat petrosains terdekat ya. Untuk maklumat lanjut tentang petrosains , kamu boleh cek melalui laman web ini . 



Gambar lawatan nanak bersama kawan-kawan dan teacher di Petrosains Kota kinabalu pada tahun 2016. Masa ni Elvender tadika 6 tahun. Sangat aktif lari-lari. Terpaksalah kami ibubapa joint sekali.Guru-guru di Tadika Sunshine sangat baik melayan karenah anak-anak..Walaupun Elvender autism, mereka sangat baik mendidik dan mengajar tanpa berbelah bagi sehingga Elvender pandai membaca, mengira, menulis, menyanyi bahkan menari. Ingat semua langkah-langkah tarian lagi tu.. 

Gambar di bawa ni moment-moment indah semasa melawat Petrosains Kota Kinabalu.






                                 
   Adik pun ikut lawatan nanak. Happy rosell ikut abang. 






Tidak pernah mau duduk diam...lari-lari dia ni huhuhu


wahh.. nanak naik bus ni. 1st time nanak naik bus sama 
kawan-kawan. Parents ikut dari belakang saja .





No comments:

Post a Comment

Popular Posts