Wednesday, August 24, 2022

Aliff Syukri akui beliau mengidap masalah sakit mental

Baru-baru viral lagi cerita tentang usahawan kosmetik terkenal Malaysia , Dato Aliff syukri.

Beliau mengaku bahawa beliau ada masalah mental.


Dalam sedutan video terbarunya, beliau menangis teresak-esak, mendedahkan dia berhadapan dengan masalah mental tahap dua. Kesian juga kan gais..


ANOTHER day, another drama. Mungkin itulah yang berada dalam fikiran ramai orang apabila menyaksikan ‘perangai’ usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri.

Setelah beberapa hari menerima kecaman netizen akibat memuat naik video-video yang kurang elok untuk dijadikan tontonan, kini, Aliff kembali memberi kenyataan mengejutkan tentang dirinya.

Menurut Aliff, sehingga ke hari ini, dia tidak tahu untuk berbuat apa-apa tentang masalahnya itu. Beliau turut memaklumkan yang dia bakal mengundurkan diri daripada media sosial. 

“Bye bye, selamat tinggal Instagram. Awak adalah permainan yang terindah buat saya. Bukan senang nak ada kawan banyak ini.


“4.3 juta kawan dan semua media sosial saya seperti Instagram, Facebook dan TikTok yang berjuta-juta. Saya sebenarnya ada sakit mental tahap dua, tak tahan sudah,” katanya. 


Terdahulu, video promosi lagu dangdut berjudul Baby Sayang di Instagram miliknya mendapat kecaman hebat orang ramai apabila memperlihatkan teman duetnya, Baby Shima menari ‘panas’ di sisinya. 

Sebelum itu, namanya panas di bibir peminat kerana meletakkan elemen LGBT dalam lagu rayanya baru-baru ini.


Artikel asal disiarkan di Gempak

No comments:

Post a Comment

Popular Posts