Tuesday, August 23, 2022

Ciri ciri Autism Pada Anak Penting Untuk Dikenal Pasti

Anak-anak adalah pemberian yang sangat ternilai, dan tiada ibu bapa di dunia ini dijadikan bersedia untuk menerima anak-anak yang mempunyai kekurangan. Begitu juga ibu bapa yang dianugerahkan dengan anak-anak autisme. Rata-rata anak-anak autisme dilahirkan dengan keadaan fizikal yang sempurna dan sama comel seperti kanak-kanak yang lain.

Namun, sedikit demi sedikit, simptom autisme akan dapat dikenal pasti oleh ibu bapa. Antara kriteria utama yang dilihat adalah dari segi komunikasi, perkembangan sensori dan masalah kelakuan berulang.

Kanak-kanak autisme mengalami masalah mengekspresikan diri. Gangguan komunikasi ini bukan sahaja melibatkan pertuturan, malah ekspresi wajah serta gerak-geri badan.

Kanak-kanak yang normal umumnya mudah menerima dan memahami sebarang maklumat.

Namun bagi mereka yang autistik, proses ini terlalu kompleks. Ini membuatkan mereka tidak keruan dan boleh mengalami ‘meltdown.’

Anda tentu pernah mendengar perkataan ‘meltdown’. Meltdown berlaku apabila anak-anak autisme merasa tidak selesa dalam diri mereka, yang mendorong mereka untuk bertindak luar jangkaan seperti menghantukkan kepala, menggigit diri sendiri, melompat-lompat atau menghempaskan badan ke lantai.

Nyata, masalah autistik ialah suatu masalah yang rumit dan sensitif. Bukan sahaja sukar untuk anak autisme memahami orang lain, orang lain turut sukar memahami mereka.



Anak sulung kami merupakan insan yang sangat istimewa memiliki masalah autism. Sejak lahir dia membesar seperti bayi yang lain. sejak umur 3 tahun, dia mulai menunjukkan ciri-ciri individu yang mengalami autism. Kuat meragam , pertuturan tidak berkembang, takut benda-benda terbang seperti rama-rama, sukar untuk memahami arahan, echolaliah dan banyak lagi. 

Jadi kami mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor pakar . Untuk mengesahkan anak itu autism atau tidak juga kena melalui banyak proses. Ambil masa hampir 4 tahun ulang alik terapi dan berjumpa doktor baru mereka memberikan diagnos untuk anak kami. Banyak cabaran dan rintangan yang harus di hadapi. Berhabis wang dan tenaga dengan air mata yang sukar di bendung. Setiap hari berdoa mohon kekuatan dari Tuhan. Bukan mudah namun kerana Tuhan, kami dapat melaluinya dengan ucapan syukur.



Gambar Elvender (Autis) bersama adiknya odel

Kami menghantar anak ke sekolah tadika seperti kanak-kanak lain. Anak kami bersekolah di Tadika Sunshine Lokkawi. Sangat kagum dengan guru-guru di sana kerana sangat baik mendidik anak kami. 

Selain temu janji terapi di hospital kerajaan,  kami juga menghantar anak kami untuk menjalani dua sesi terapi setiap minggu di Therapy Tree ,Tanjung Aru. 


Melangkah ke tahun 1, cabaran semakin berat. Kalau di ingat kembali mau menangis balik.. Tapi biarlah semua berlalu.. hehe.. Kami pindahkan anak ke sekolah PPKI namun kena menunggu kekosongan pula. Jadi, sementara menunggu kekosongan, dia sempat bersekolah di PDK Lokkawi. Di sana anak sangat happy. Guru-guru sangat baik . Sepanjang di PDK , banyak perkembangan dia capai. 


Puji Tuhan, sekarang dia sudah berada di darjah 6 PPKI. Masih banyak yang perlu di pertingkatkan namun sangat bersyukur dan berbangga dengan pencapaian yang dia sudah capai. Boleh berkomunikasi 2 bahasa dengan baik dan mudah di fahami, senang di atur, fokus semakin baik, kurang tantrum , tidak takut rama-rama, dan banyak lagi. Yang jelas, ada peningkatan dari segi pertuturan dan tingkalaku. 


Bagi kamu yang ada anak autism , tetap semangat ya. Jadikan anak kita sebagai kekuatan kita untuk menjalani hidup. Sesungguhnya, mereka adalah anguerah terindah . Melalui kehadiran mereka, kita menjadi peribadi yang kuat dan tabah serta sentiasa hidup mengandalkan Tuhan , bukan?  Menangislah jika ingin menangis, tapi tetap bangkit ya kerana kita saja harapan anak-anak kita.. Jiaoo..God bless!



No comments:

Post a Comment

Popular Posts