Wednesday, January 6, 2021

Tempat menarik di kundasang (Balik kampung)






Awal pagi kami balik kampung. Rancangan awal balik subuh, tapi terlajak tidur, jadi pukul 6 pagi sudah baru bertolak dari rumah. 

Singgah Kundasang beli sayur dan ambil gambar sekejap di kundasang corner. Seronok juga sebab view di sana sangat cantik. 

Selepas beli sayur, kami meneruskan perjalan ke pekan Ranau. Lama sudah tidak balik kampung jadi jalan-jalan di pekan Ranau pun tidak perna sudah. Selalu limpas-limpas sahaja, tidak singgah. Hari ni, ada singgah sebentar beli barang keperluan rumah dan beli hadiah Krismas. 

Selesai semua pukul 12 tengah hari bertolak balik kampung. Jalan okay sedikit, cuma satu jalan yang tidak bagus di kampung pinutudaan masa turun bukit mencabar sedikit untuk perahu-perahu kecil. Syukur puji Tuhan Selamat sampai kampung. 


MERRY CHRISTMAS 



No comments:

Post a Comment

Popular Posts