Semoga kita semua sihat dalam lindungan Tuhan Yang Maha Kuasa. Biasanya bulan Disember ialah musim cuti persekolahan. Berbeza tahun ini, pembelajaran dari rumah masih berjalan seperti biasa. Guru-guru menghantar kerja rumah anak-anak setiap hari. Walaupun hanya belajar dari rumah, Ujian atau peperiksaan murid masih di jalankan. Video di atas Elvender menjalani ujian membaca di mana ibubapa kena merakam anak-anak ketika membaca petikan yang di berikan. Ujian Bahasa Melayu.
Elvender bersekolah di sekolah khas. Dalam kelas darjah Empat. Semasa merakam dia membaca, tidak henti dia ketawa. Mungkin rasa lucu sebab dia di rakam. Apa pun, akhirnya dia berjaya membaca dengan baik.Simpan sebagai kenangan yang terindah. Nanti boleh imbas kembali.. Kan..
Terima kasih kamu yang sudah singgah ya. STAY SAFE. GOD BLESS.
Auntie pun terikut ketawa o vender 😅
ReplyDeletehahaha kan.. buli ikut dia ketawa ni tgk dia membaca hihi
Delete