Sunday, October 11, 2020

Challenge makan telur Padi mentah

Hi semua.. entry saya kali pasal makan telur padi mentah.. seumur hidup saya tidak pernah makan telur padi sama ada mentah atau pun sudah di masak. Hari tu, sahabat youtube saya , The sister Mamandak  ada buat challenge makan telur padi mentah. so, cuba-cubalah kunu makan telur padi mentah... erm ingat sedap ka? adui bau dia betul-betul menusuk hidung saya guys...bau kencing hihi sangat tidak tahan bau nya... tabik kawan-kawan yang boleh tahan makan telur padi mentah ni. 

Hari tu minta tolong adi beli telur padi . tak perna beli bah in telur. Jadi ini pertama kalilah mencuba ini telur. Harga 1 tray kecil rm 6 kali tak silap . ada 4 biji telur padi. kira mahal juga kan.. makanan mewah kunun bah ni. sangat popular di china dan banyak khasiat juga . 

menurut mereka, telur padi ni sangat sesuai di campurkan dengan bubur nasi dan pelbagai juadah masakan.. saya belum cuba lagi..setelah menyelidik tentang  telur padi adalah telur itik yang telah di awet dalam campuran kapur,garam, tanah liat dan beras selama beberapa minggu atau bulan. telur padi juga di kenali sebagai telur kuda, century egg, telur abad dan telur 100 tahun. 

Setelah di perap lama, putih telur akan jadi hitam..jadi macam agar-agar. dan menurut pengalaman saya telur kuning tu yang paling kuat baunya kalau di makan hehe.. 

kelebihan telur padi ialah langsung tidak mempunyai gula tetapi sangat tinggi kandungan sodium dan kolestrol. menurut pembacaan saya telur padi ini tidak boleh di consume secara kerap kerana mempunyai kandungan plumbun yang memudaratkan kesihatan. so,kepada penggemar telur padi, jangan selalu makan yaaa.... sekali sekala boleh laa.. hehe 




Telur padi yang disusun di atas pinggan



Telur abad dengan bubur nasi


okay guys, begitu lah pengenalan tentang telur padi ini. 

Video kali ni saya buat lagi challange makan telur padi mentah.. Di challenge oleh sahabat Youtube The sister Mamandak . Saya tidak perna lagi makan ini telur. So, ini first time lah kunun.. Harap kamu enjoy tengok video saya.. Dan saya minta maaf kalau ada perlakuan atau kata - kata saya yang kurang menyenangkan.


Challenge Accepted makan telur padi mentah

Thank you for watching.. 
have a nice day. stay safe..stay at home.. GOD Bless us


No comments:

Post a Comment

Popular Posts