Saturday, November 28, 2020

Pengalaman Anak sakit musim pandemik. Tanda-tanda campak. Betulkah dia kena campak?

Shalom  selamat  memulakan hari ini dengan  ucapan syukur. Segala yang kita miliki  hari ini  semuanya atas Anugerah dari Tuhan. 


18 November 2020

 Elvenessa mengalami demam yang agak tinggi suhu  badan boleh mencecah 39.8 C°.  Risau juga sebab dia tiba-tiba mengalami demam . Hati dan Pikiran saya tidak tenteram sudah. Sekarang lagi musim pandemik, betul-betul menggangu  ketenangan jiwa. Macam-macam yang menerawang di minda. 


Gambar selepas demam kebah 

Catatan pantauan suhu badan 

19 November 2020

Anak kami demam sepanjang hari. dan pada keesokkan harinya timbul ruam di bahagian  kepala, badan , tangan dan kaki. Ruam merah dan timbul. Kelihatan seperti campak.  Teringat pula satu artikel mengatakan ruam juga sebagai tanda-tanda terkena virus  corona. Risau tak terkata dan susah di gambarkan. Hanya doa saja yang keluar dari mulut sepanjang masa memohon kesembuhan bagi anak kami. 


Sepanjang PKPB bermula, anak-anak tidak pernah keluar rumah. Jadi kerisauan berkurang juga namun andaian seperti dari makanan luar dan barang-barang yang di bawa dari luar juga mengganggu pikiran. sebab ada juga kes sporadic yang mana pesakit tidak mempunyai sejarah perjalanan dan tidak ada kontek rapat dengan pesakit covid19 tetapi telah di sahkan covid19. Andaian demi andaian keluar. Mulalah menyelidik tentang ruam corona dan demam campak. 


kami sebagai ibu dan bapa risau juga sebenarnya, cuma kuatkan hati saja berdoa dan berharap agar tidak ada apa-apa yang buruk menempah. Terpikir juga bawa anak ke hospital  sebab risau  keadaan dia , tapi jika bawa keluar rumah lagi mungkin banyak risiko lain lagi.. adui.. bingung sebenarnya. Jadi, kami memutuskan untuk merawat anak kami di rumah sahaja. Betullah kata orang, perkara yang paling susah semasa membesarkan anak ialah merawat ketika mereka sakit. Pantauan 24jam..Makan pun tiada  selera kalau anak sedang sakit. 

               Bangun tengah malam makan ubat.


Syukur puji Tuhan, selain timbul ruam dan demam, Elvenessa tidak ada gejala  seperti batuk selesma dan sakit tekak. Cuma dia mengalami demam berpanjangan jadi kena sejukkan badan dia dengan kain basah. Tidur tidak menentu sudah kerana kena menjaga dia selalu.. periksa suhu badan , kerap beri air minum dan pastikan makan ubat demam tepat masa. Pengalaman sepanjang menjaga dia demam, kadang bila kita periksa suhu di kepala dia, bacaan suhu dia menunjukan bahawa dia tidak demam. Tetapi bila pegang badan dia, panas betul. periksa suhu di badan pula, memang betullah dia panas dan suhu dia perna mencecah 39c°.  Jadi, kami basahkan tuala dan balut badannya supaya suhu panas berkurang. Kesian anak mama.... Love you so much adik... balik cakap sama dia "kuatkan semangat" ," cepat  sembuh" , "mesti kuat" , "Mama papa sayang adik", "Tuhan Yesus bersama adik" , "Tuhan Yesus menyembuhkan adik" ..


24 November 2020

Hari ini Elvenessa menunjukan tanda-tanda bantuk dan selesma. Syukur Puji Tuhan, dia tidak  terlalu batuk dan selesma. biasa- biasa sahaja..

                            A DAY IN OUR LIFE 


25 November 2020

Hari ini saya bawa anak kami yang ke 3 klinik untuk berat badan dan ketinggian dia.  sempat beri tahu jururawat  tentang masalah anak di rumah.. Dia sarankan untuk berjumpa doktor  untuk pastikan jika anak kami benar-benar terkena campak dan rawatan apa sesuai. Risau juga sebenarnya.. Tapi Puji Tuhan, berkat kesembuhan dari Tuhan anak kami beransur pulih. Ruam kemerahan pada kulit dia sudah hilang. Cuma masih mengalami sedikit demam.  Akhirnya sekali lagi kami tidak membawa dia berjumpa doktor dan memutuskan untuk merawat anak di rumah. Teruskan perawatan dari rumah. Selepas makan paracetamol, badan dia sejuk seperti biasa. yang paling saya gembira, suhu dia turun normal sudah. Harap suhu badan dia kekal di bawa 37 c° sehingga pagi. 


26 November  2020

Syukur ,Puji Tuhan  Elvenessa  totally sembuh setelah 1 minggu sakit. Tiada lagi demam. Kulit badan kembali normal. 

 

Rawatan ketika demam 

1. Pastikan badan anak di lap dengan kain basah jika mengalami demam panas. Terutamanya bahagian di bahagian kepala. 

2. Berikan ubat demam @Panadol 

3. Kerap berikan air minum untuk mengelakkan dyhadrasi. 

4. Pastikan anak menjamah sedikit makanan walaupun tidak ada selera mau makan sebelum makan ubat.

5.Berikan anak makan multivitamin /vitamin

6. Petua berikan minum air kelapa muda. Ini sangat membantu. Sejak minum air kepala, panas dalam badan anak berkurang. 

7. Ada juga berikan dia minum air badak. 


Sampai di sini  sahaja perkongsian kami. Jika  anak sakit, kena bawa ke klinik juga untuk pemerikaan doktor ya.. Penting  juga untuk mengetahui apa masalah  sebenarnya. Kami memang mahu pergi sudah tu sebenarnya, cuma bila tengok perkembangan kesihatan dia  ada baik sudah jadi kami memutuskan untuk tidak ke klinik. sepatutnya dari awal lagi kena bawa jumpa doktor.. 😀 Puji Tuhan, dengan doa-doa keluarga  dan kawan-kawan , Elvenessa sudah sembuh. 


Terima kasih  kerana sudah membaca ruangan kami. GOD BLESS

1 comment:

Popular Posts