Sunday, November 15, 2020

Pedas Sangatkah Mi Kering Hitam Daebak ‘Ghost Pepper’ Ini?


Ghost Pepper deabak.. Di katakan noodles paling pedas di dunia.. Hari ini, saya menyahut cabaran daripada rakan YouTube saya Sis Yokie suzie channel.  Ghost Pepper ini susah di dapati di kedai berhampiran kami. Sudah cuba cari banyak tempat, tapi tidak jumpa. Jadi, terpaksalah membeli secara atas talian iaitu di Shopee..


Mie Hitam Pedas Ayam Pedas Daebak @ Ghost Pepper telah menjadi viral sejak debut. Menggabungkan resipi Korea asli dengan Mie hitam musim bunga dan Mi Hitam Pedas Ayam Pedas pasti akan memuaskan.

Jadi siapa yang ingin mencuba, bolehlah membeli di kedai- kedai berdekatan dengan anda.Jika tidak ada, boleh juga membeli atas talian seperti di Shopee atau di Lazada. Rasanya enak dan lazat, cuma rasa pedasnya sangat menyengat. Tidak tahan pedasnya guys hehe.. Kalau tak tahan pedas, jangan cuba ya.. Membahayakan kesihatan diri kita sebab ini memang betul-betul pedas ya.. 

Setelah mencari, ini sedikit info berkaitan dengan lada hantu. 


Gambar di atas merupakan Lada hantu @Ghost pepper , juga dikenal sebagai bhut jolokia, adalah cabai hibrida interspesifik yang ditanam di India Timur Laut. Ia adalah kacukan Capsicum chinense dan Capsicum frutescens dan berkait rapat dengan Naga Morich ( Sumber dari Wikipedia) 

Lada hantu ini di katakan sebagai lada yang paling pedas di dunia dan menjadi terkenal di dunia YouTube apabila ramai Youtuber mencuba cabaran makan Lada hantu ini.  Sebenarnya, ada lagi lada yang lagi pedas dari ini ya guys. Menurut kamu bagaimana?? 
 
Terima kasih kerana sudi singgah di ruangan kami. Sangat menghargai kehadiran anda. 😍 ❤️ 

Tuhan memberkati. 

1 comment:

Popular Posts